Jumaat, 20 September 2013

1.0 KONSEP APLIKASI  MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

      Jika kita lihat secara terperinci, kehidupan kita berkait rapat dengan matematik. Segala aktiviti yang kita lakukan seperti pergi bercuti, membeli makanan, merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik asas. Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Sebagai contoh, kita tidak akan berupaya menyelaras perbelanjaan atau kewangan kita secara sistematik tanpa pengetahuan matematik.

      Matematik juga meningkatkan keupayaan dan tahap kebijaksanaan kita dalam menangani soalan berbentuk penyelesaian masalah. Seseorang yang telah diberi latihan yang mantap dalam matematik, mampu melaksanakan kerja-kerja yang kompleks dengan berkesan.. Sejarah membuktikan bahawa ahli matematik telah berjaya membaca dan menyelesaikan kerumitan dalam kod rahsia semasa Perang Dunia Kedua.

     Selain itu, matematik juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan informasi dan teknologi komunikasi (ICT). Sebagai contoh, penciptaan sistem nombor binari menyumbang kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Kemajuan dalam matematik juga memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan dalam sains.


    Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam memastikan tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the building of a progressive scientific society with creative and  far-sighted abilities”, telah memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik yang baru, tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan. (Mok, 2005).

        Kesimpulannya, bah kata pepatah “ siapa yang menguasai matematik dan bahasa maka ia akan menguasai dunia”. Matematik merupakan media yang melatih manusia untuk berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif. Justeru, kita haruslah menikmati dan menghargai matematik dalam kehidupan seharian kita.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan